hmmm....

sukar menjadi diri sendiri
diri mudah terikut
tiada asas yang kukuh
perlunya sesuatu
memperkukuh yang lemah

Friday, January 25, 2013

Perjalanan....

Berada di Mesir merupakan satu nikmat yang besar telah Allah kurniakan. Teringat ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang yang mengambil masa satu jam setengah, sudah cukup menunjukkan kekuasaan Allah mendidik hambaNya secara langsung melalui peristiwa yang berlaku di sekeliling. Semasa berada di dalam bas di minit setengah jam terakhir sebelum sampai ke lapangan terbang, barulah saya memberanikan diri menegur konduktor bas dengan niat asal untuk bertanya masa yang diambil dari kawasan perumahan saya ke lapangan terbang. Dengan tidak semena-mena, dengan niat sekadar ingin bertanya satu soalan, akhirnya menjadi perbualan yang agak panjang sehingga ke lapangan terbang walaupun dalam keterbatasan menguasai bahasa arab pasar yang agak memeningkan kepala. Pertanyaan diajukan setelah melihat orang yang berada di dalam bas semakin berkurangan dan melihat sang konduktor sudah mampu berehat di atas kerusi tanpa perlu ke hulu ke hilir meminta duit tambang bas. Beliau memperkenalkan diri setelah ditanyakan soalan,' Aku juga Azhari sebelum ini dan mengambil Bahasa Arab di Azhar'. Bukanlah satu kepelikan di Mesir para graduan Azhar bekerja sebegini, bahkan tiada rasa malu untuk mengaku mereka adalah graduan Azhar. Bermula dengan pertanyaan jarak masa ke lapangan, seterusnya perkenalan diri masing-masing, soal pekerjaan di Malaysia yang sesuai untuk beliau sehinggalah ke soal perkahwinan dibincangkan bersama dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang. Pergaulan dengan pelajar Melayu semasa belajar dahulu sedikit sebanyak memudahkan untuk kami berinteraksi. Kemesraan yang ditunjukkan memberi dorongan untuk terus betanya dan berbual panjang. Soal isinya perbualan yang lebih mendalam bukanlah asasnya, namun ibrah atau pengajaran daripada sikap itu yang perlu ditekankan. Saya akui sebenarnya banyak benda yang boleh dipelajari daripada masyarakat Mesir walaupun tidak dinafikan ada yang kurang. Namun, adalah lebih baik kita mengambil tauladan yang baik daripada mereka. Mereka tidak segan dengan pekerjaan mereka walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi. Apabila mereka pernah bergaul atau mempunyai kawan dari Nusantara atau Malaysia khususnya, sikap mereka juga berbeza dengan mereka yang sekadar brgaul sesama Arab. Mereka lebih lembut, lebih mudah interaksi dan lebih mudah bertoleransi. Dan sesungguhnya Allah telah kuriakan kepada bangsa Arab, ingatan yang kuat dan kita dapat melihat suasana membaca Al-Quran itu sebagai satu budaya yang mudah untuk dilihat di mana-mana walaupun di bengkel kereta. Sebagai manusia dan hamba Allah, peristiwa di sekeliling dan perjalanan yang dilalui sebenarnya satu pengajaran untuk mengenali diri dan Pencipta. Sekadar coretan ringkas untuk peringatan masa hadapan... =)

1 comment: