hmmm....

sukar menjadi diri sendiri
diri mudah terikut
tiada asas yang kukuh
perlunya sesuatu
memperkukuh yang lemah

Tuesday, December 1, 2009

Suci Sekeping Hati

Dikisahkan ada seorang sahabat Rasulullah yang terlalu ingin merasai nikmat syurga dan menjadi salah seorang dari ahlinya. Maka pada suatu hari, ketika bertemu Rasulullah, beliau bertanya, “ya Rasulullah, tolong berikan kepadaku amalan yang dapat membawaku ke syurga.” Kemudian Rasulullah menjawab, “cubalah engkau belajar dari dia kerana dia adalah penghuni syurga.” (Sambil menunjukkan kepada salah seorang sahabat, tanpa diketahui oleh empunya diri).
Mendengar jawapan Rasulullah sebentar tadi, sahabat tadi terus memerhatikan aktiviti serta amalan yang dilakukan oleh sahabat yang ditunjukkan oleh Rasulullah itu. Tapi, setelah diamati dia berfikir sambil berkata di dalam hati bahawa amalan yang dilakukan tidak jauh bezanya dengan dirinya. Baik dari segi usahanya, ibadahnya, mahupun solatnya. Tetapi, yang menjadi kemusykilannya kenapa baginda menyebut dia sebagai penghuni syurga???
Setelah sekian lama, bagi meleraikan kekusutan yang melanda dirinya, akhirnya sahabat tadi bertanya sendiri kepada calon penghuni syurga tersebut. “Wahai sahabat, sesungguhnya engkau telah disebutkan oleh Rasulullah sebagai penghuni syurga. Saya minta tolong diberitahu apakah amalan yang engkau lakukan sehingga Rasulullah mengatakan bahawa engkau adalah penghuni syurga?
Mendengar perkataan tadi, sahabat tersebut bergetar hatinya dan berasa sungguh terharu kerana tidak menyangka bahawa dirinya akan masuk syurga. Kemudian dengan perlahan dia menjawab, “ketahuilah wahai sahabatku, bahawa aku tiada ubahnya seperti kamu, bekerja setiap hari, solat apabila tiba waktunya, dan melakukan amal kebajikan, jadi tiada amalan khusus yang aku lakukan. Hanya setiap malam sebelum tidur aku membiasakan diriku untuk memanjatkan salah satu doa kepada Allah S.W.T. “Ya Allah, malam ini saya telah memaafkan semua orang yang telah menyakiti hati saya dan melukakan perasaan saya, ampunilah mereka..sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Bijaksana..Ya Allah, bukakanlah juga pintu hati orang yang telah saya sakiti dan lukai hatinya atau kecewakan perasaannya untuk memaafkan saya. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala urusan.”
Setelah mendengar perkataan tersebut, sahabat tadi kembali lagi kepada Rasulullah seraya mengatakan, “benarlah engkau ya Rasulullah..memang dia telah layak menjadi penghuni syurga..memang amal ibadahnya tidak jauh bezanya dari diri saya, namun sungguhnya hatinya telah disucikan..”
Berkat doanya yang ikhlas itu, sahabat tersebut dapat memasuki syurga. Banyak daripada kita bekerja keras dalam melakukan amal soleh, namun kita sering lupa bahawa diri kita masih memiliki sifat dendam, benci, hasut, sombong, suka mengumpat dan lain-lain sifat mazmumah yang dibenci Allah..maka layakkah kita menjadi ahli syurga??? Ingatlah yang kita akan masuk ke syurga bukan dengan amalan kita, tetapi dengan redha Allah… namun, adakah Allah meredhai dengan apa yang telah kita lakukan sepanjang usia kita ini???