hmmm....

sukar menjadi diri sendiri
diri mudah terikut
tiada asas yang kukuh
perlunya sesuatu
memperkukuh yang lemah

Thursday, October 4, 2012

Kata-kata

Alhamdulillah.. Basmalah pembuka coretan kali ini. tanpa disedari sudah lebih sebulan berada di bumi Anbiya dan bumi Firaun ni. Pelbagai pengalaman baru yang telah ditempuhi dan bakal ditempuhi dalam usaha mencari ilmu di sini. Dengan keterbatasan bahasa arab pasar yang ada, cuba juga untuk menggagahkan diri untuk bermusafir untuk mencari sesuatu yang berharga untuk diri dan juga untuk dikongsi. Kesempatan menghadiri majlis ilmu yang ada di Masjid Azhar yang mana penuh dengan majlis ilmu di dalamnya serta waktu hujung minggu yang ada membuatkan diri rasa bertuah. berkesempatan mearasai majlis ilmu di sana cukup berbeza dengan masa di bilik kuliah @ tutorial seperti di Malaysia. Satu ungkapan yang cukup meninggalkan bekas di hati ketika majlis tersebut ialah kata Syeikh Syaltut ketika mana beliau mensyarahkan Ta'rif Batil dalam pengajian Usul Fiqh tersebut: "hadaf menuntut ilmu ialah membina fikrah, membina sahsiah dan membina akal" Sebagai pendatang baru, kata-kata cukup meninggalkan bekas di hati. Jika berada di sini ketiga-tiga perkara tersebut tidak dapat dicapai maka misi menntut ilmu itu telah gagal.. Doakan saya... (catatan ringkas dari hati pengingat diri di masa depan)

Saturday, September 8, 2012

cerita...

Alhamdulillah..
diberi keizinan oleh Allah untuk menulis sedikit. Satu perkara menarik bila berada di Mesir ialah, banyak cerita mengenainya sama ada orang, budaya , agama dan sebagainya. perkara yang pasti diberitahu apabila berbual dengan orang lama ialah cerita - cerita pelik dan nasihat . kebanyakannya diceritakan berdasarkan pengalaman sendiri dan pengetahuan sepanjang berada di sini.mungkin di situlah salah satu ajaibnya bumi Mesir sehingga ada mahasiswa tahun akhir yang rasa seronok tinggal di Mesir sehinggakan tidak mahu pulang ke Malaysia . Aneh kan? Namun itulah realiti di Mesir walaupun kehidupannya tidak mewah namun ada tarikan yang membuatkan kita untuk kekal berada di sini. Orang ramai silap jika mengatakan Mesir mundur ke belakang. Saya kurang bersetuju kerana Mesir juga maju ke hadapan tetapi di sebalik kemajuan itu, yang tradisional masih dikekalkan. Ia amat berbeza dengan Malaysia sehinggakan yang tradisional dilupakan. Lihat saja di sini kereta keldai dan kereta Mercedes boleh seiring menggunakan jalan raya. kereta antik yang berusia berpuluh tahun hinggalah kepada kereta mewah berjenama terbaru berada dalam jalan raya yang sama tanpa ada masalah dan ia amat berbeza dengan Malaysia. Tiada istilah malu walaupun hanya kereta keldai yang diguna. cerita-cerita pelik pelajar Malaysia juga mewarnai hidup saya seminggu ni apabila bersama orang lama. Berdamping dengan syeikh-syeikh arab, dipermudah urusan kewangan, bantuan zakat, dimuliakan orang arab untuk menjadi imam, dipermudah ketika peperiksaan dan lain-lain menyebabkan rasa teruja untuk menggali apa yang di bumi anbiya dan bumi Firaun ini semakin bertambah. Pilihan berada di tangan kita. Doakan saya.. Catatan hari ini buat peringatan di masa depan... sekadar mencoret untuk diri sendiri

Friday, September 7, 2012

dunia baru

alhamdulillah....
kata seorang pensyarah, orang yang belajar di luar negara paling kurang akan cerdik 3 kali ganda.. bukanlah niat untuk menafikan sahabat yang belajar di dalam negara, namun kata-kata tersebut ada kebenarannya bagi mereka yang bersungguh bila belajar di luar negara..tujuan saya bukan untuk membandingkan luar dengan dalam negara, namun di sebalik kata-kata itu terselit satu kebenaran walaupun sebenarnya sukar untuk diterima.. seminggu berada di bumi mesir membuatkan saya terus memikirkan kata-kata tersebut.. mungkin juga ada kebenarannya dan terselit juga pembohongan di sebalik kebenaran.sembang santai dengan ahli bait yang berada di tahun akhir membenarkan apa yang ada diperkatakan pensyarah tersebut. namun hanya sesetengah orang sahaja yang mampu merealisasikan kata-kata tersebut.. masih ramai lagi yang belajar di luar negara namun adakalanya langsung tidak bermakna.. daripada satu sudut tidak dapat dinafikan Malaysia berada dalam kelas yang tersendiri dan kemudahan yang ada di Malaysia menyebabkan hati ingin kembali ke Malaysia. namun tanpa disedari Malaysia juga ada kekurangan iaitu disiplin ilmu yang ditekan di Mesir cukup ketat berbanding dengan Malaysia secara umumnya.. inilah apa yang diperkatakan oleh orang-orang lama di Mesir walaupun kemudahan infrastruktur yang sudah pasti didahului Malaysia. cukuplah catatan ringkas sebagai permulaan hidup baru di bumi asing. sekadar catatan pengingat diri di masa depan...

Tuesday, January 3, 2012

AZAM....

maaf... InsyaAllah saya cuba untuk mengemaskini blog ini... Banyak yang ingin dikongsi namun ada yang menghalang... dOa kalian amat diharapkan...