hmmm....

sukar menjadi diri sendiri
diri mudah terikut
tiada asas yang kukuh
perlunya sesuatu
memperkukuh yang lemah

Sunday, May 16, 2010

Cabaran...

"Ya Allah, kenapa aku diuji dengan pelbagai ujian? Aku berasa cemburu orang lain menikmati hidup mereka tanpa menghiraukan orang lain yang berada di sekeliling. Mereka bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka. Tidak perlu bersusah payah untuk untuk memikirkan tentang orang lain. " ( dialog hati )

Mungkin ini antara luahan hati yang mungkin pernah diungkapkan oleh sesetengah daripada kita yang yang membuat sesuatu untuk orang lain . Maklum la, siapa yang tidak iri hati melihat orang lain duduk bersenang lenang tanpa mengambil endah perkara yang berlaku di sekeliling, sedangkan kita bersusah payah memikirkan tentang orang lain sehingga kadang-kadang kekurangan masa untuk memikirkan tentang diri sendiri.

Tapi itulah antara cabaran bagi orang yang berjuang. Bukan sahaja perlu berhadapan dengan cabaran yang ada di depan mata namun perlu juga berhadapan dengan perasaan di dalam hati. Melihat realiti hari ini yang mana cukup teruk, Kita memerlukan keteguhan diri yang cukup kuat sama ada dalaman atau luaran bagi menghadapi situasi sekarang.

Saya yang menulis pun belum tentu akan terus istiqamah dalam medan perjuangan. Saya cukup mengharapkan doa daripada kalian untuk mendoakan saya terus thabat dalam perjuangan.

( MENULIS BUKAN MENGHARAPKAN HABUAN TETAPI UNTUK MENZAHIRKAN APA YANG TERPENDAM_