hmmm....

sukar menjadi diri sendiri
diri mudah terikut
tiada asas yang kukuh
perlunya sesuatu
memperkukuh yang lemah

Saturday, June 12, 2010

Khalifah terakhir... MENANTI KETIBAAN KHALIFAH SETERUSNYA

Sultan Abdul Hamid II (Khilafah Uthmaniyyah Terakhir)

Sultan Abdul Hamid II dilahirkan pada hari Rabu bersamaan 21 September 1842. Nama sebenarnya adalah Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan. Beliau adalah anak kepada Sultan Abdul Majid melalui isteri keduanya. Ibu beliau meninggal dunia semasa umurnya 7 tahun. Abdul Hamid boleh bertutur dalam bahasa Turki, Arab dan Parsi dan beliau juga mempelajari beberapa buah buku sastera dan syair. Semasa ayahndanya Abdul Majid meninggal dunia, ayah saudaranya, Abdul Aziz menjadi khalifah. Abdul Aziz memegang tampak pemeritahan sebelum beliau dibunuh oleh salah satu musuh politik empayar Turki Uthmaniyah. Penggantinya iaitu anaknya sendiri, Sultan Murad dipecat selepas memerintah beberapa ketika kerana beliau tidak sesuai untuk memegang pemerintahan.
Pada 31 Ogos 1876 (1923 H) Sultan Abdul Hamid telah diangkat menjadi khalifah dan semua orang berbai’ah menyatakan kesatuan & kesetiaan mereka di bawah Sultan Abdul Hamid. Ketika itu umurnya 34 tahun. Di dalam diarinya, Sultan Abdul Hamid menyadari tentang kematian bapa saudaranya dan perubahan tampak pemerintahan merupakan salah satu konspirasi untuk menjatuhkan negara Islam pada masa itu.
Abdul Hamid merupakan seorang sejarahwan yang berpandangan sangat mendalam. Beliau diserahkan untuk pemerintahan sebuah negara yang besar pada saat yang tegang dan kritikal. Beliau menghabiskan lebih daripada 30 tahun untuk menghadapi segala ancaman konspirasi dalaman dan luaran, peperangan, revolusi-revolusi, dan perubahan sejarah. Abdul Hamid meluahkan segala perasaannya pada ketika itu di dalam penulisannya dan sajak-sajak. Berikut merupakan salah satu sajak yang ditulis oleh tangannya sndiri yang diambil daripada sebuah buku , “ Ayahandaku Abdul Hamid” yang ditulis oleh anak perempuannya Aisha.

“Tuhanku,
Aku mengetahui DiriMu Maha Perkasa,
Tiada sesuatu pun melainkan Engkaulah yang Maha Perkasa,
Engkaulah Yang Maha Esa dan tiadalah yang lainnya,
Oh Tuhanku pimpinlah tanganku di masa yang penuh dengan cabaran ini,
Oh Tuhanku, hanya Engkaulah yang menjadi penolongku pada saat yang sangat genting ini.”
Masalah pertama yang dihadapi oleh oleh Abdul Hamid ialah Midhat Pasha. Midhat Pasha secara rahsia terlibat dalam penyingkiran bapa saudara Abdul Hamid. Apabila Abdul Hamid diberikan kuasa beliau telah meletakkan Midhat Pasha sebagai Ketua kepada ahli majlis menteri – menteri kerana ketika itu Midhat sangat masyhur dan Abdul Hamid memerlukan apa-apa jaminan untuk kekal berkuasa pada waktu itu. Midhat Pasha adalah seorang gabenor yang baik tetapi beliau kurang memberi pendapat. Midhat Pasha mendapat sokongan oleh sebahagian besar ahli majlis Shora (parlimen). Dengan bantuan mereka beliau berjaya dalam menyebarkan resolusi untuk berperang menentang Russia. Abdul Hamid tidak dapat menghalang sokongan yang ramai ini. Jika beliau terus mencuba beliau kemungkinan akan dikeluarkan dari tugasnya. Namun begitu mereka tetap menyalahkan beliau atas segala kekalahan yang terhasil dari peperangan yang tidak dihitung dengan betul. Abdul Hamid tidak mahu apa-apa peperangan berlaku pada waktu itu. Negeri Islam pada waktu itu sudah terlalu letih untuk sebarang peperangan. Abdul Hamid berkebolehan untuk menggunakan perbezaan antara beliau dan Midhat Pasha untuk mengurangkan kemasyhuran Midhat. Akhirnya beliau berjaya meregangkan Midhat darinya dan Midhat telah dibuang negeri ke Eropah. Rakyat dan ahli politik telah menyambut keputusan berikut dengan lega.
Setelah itu, Abdul Hamid berhadapan dengan dengan musuh asing kepada Kerajaan Islam Uthmaniyyah. Beliau telah meramal Revolusi Komunis di Russia, di mana ia akan menjadikan Russia kuat dan lebih berbahaya. Dalam masa itu, bahagian Balkan negeri itu menghadapi dua bahaya iaitu Russia dan Austria. Abdul Hamid cuba untuk menyedarkan puak Balkan akan bahaya yang mendatang. Beliau telah hampir memeretai perjanjian dengan puak Balkan, tetapi di fasa terakhir, empat negeri Balkan telah membuat perjanjian yang berasingan dan tidak memasukkan Kerjaan Uthmaniyah. Pengaruh Barat dan Russia merupakan sebab kepada pertukaran tersebut.
Abdul Hamid sedar bahawa komplot untuk memusnahkan kerajaan Uthmaniyah adalah lebih besar dari apa yang difikirkan. Ia adalah dari segi dalaman dan luaran. Beliau fikir bahawa beliau telah berjaya menyingkirkan Midhat Pasha dan segalanya yang berkaitan dengannya, tetapi beliau berhadapan dengan Awni Pasha, ketua kepada ahli majlis menteri-menteri (Alsadr Alazam) dan salah seorang pemimpin kepada pasukan tentera. Kemudian, Abdul Hamid menyedari bahawa Awni Pasha telah mengambil wang sogokan dan hadiah dari orang Inggeris dan peranan beliau dalam penyingkiran Abdul Aziz( bapa saudara Abdul Hamid) telah terdedah. Awni Pasha memaksa kerajaan Uthmaniyah untuk peperangan Bosnia tanpa izin Abdul Hamid. Abdul Hamid tahu jika peperangan itu berlaku Russia, England, Austria-Hungary, Serbia, Montenegro, Italy dan France semua akan menyerang kerajaan Uthmaniyyah dan memastikan Bosnia dirampas. Awni memberi maklumat salah kepada Abdul Hamid mengenai bilangan tentera Uthmaniyyah di Bosnia. Awni mengatakan bahawa terdapat 200,000 tentera yang sedia. Namun, Abdul Hamid telah menyemak dengan pegawai tentera yang lain dan temui bahawa beliau hanya mempunyai 30,000 ahli tentera, berhadapan dengan lebih dari 300,000 tentera. Rakyat ketika itu menyukai Awni dan Abdul Hamid dan tidak dapat menyingkirkan beliau dari tugasnya kerana ini akan membahayakan kestabilan dalaman negeri. Kuasa barat, menyedari bahawa mereka telah melebihi jumlah serangan Uthmaniyyah dan mendapat sokongan dari 4 negeri Balkan (Romania, Montenegro,Serbia Austria-hungary). Hasilnya, Bosnia dan greece telah kalah dan di asingkan dari kerajaan Uthmaniyyah. Abdul Hamid mendedahkan Awani dan kesalahannya kemudian telah menyingkirkan beliau. Pihak umum telah menerima langkah ini. Mahkhamah telah mendapatti bahawa beliau bersalah atas tuduhan konspirasi menentang kerajaan Uthmaniyyah dan memberi bantuan kepada kuasa asing seperti England.
Kejatuhan ‘Sick Man of Europe’ atau ‘Orang Sakit Eropah’ muncul sebagai sesuatu yang terkemuka. ‘Sick Man of Europe’ atau ‘Orang Sakit Eropah’ merupakan gelaran diberikan oleh Nicholas I, pemerintah Russia ketika itu kepada kerajaan Turki Utmaniyyah kereana mengalami kejatuhan ekonomi di kalangan kuasa Eropah dan kehilangan banyak kawasan jajahan dalam peperangan. Setiap pihak mendapatkan sebahagian daripada jajahan Turki Uthmaniyah termasuklah pihak Yahudi. Pada tahun 1901 seorang pegawai bank yahudi Mizray Qrasow dan 2 orang lagi pemimpin yahudi yang berpengaruh datang melawat Abdul Hamid, mereka menawarkan kepada beliau :
1) membayar segala hutang kerajaan Uthmaniyyah.
2) Membina angkatan laut kerajaan Uthmaniyyah.
3) 35 juta Emas Lira tanpa keuntungan untuk menyokong kemakmuran kerajaan Uthmaniyyah.
Untuk ditukarkan dengan
1) membenarkan yahudi datang untuk melawat palestin pada bila-bila masa dan tinggal selama mana yang boleh untuk melawat tempat-tempat suci.
2) Membenarkan yahudi untuk membina tempat tinggal yang mereka mahukan berdekatan dengan Jerusalem.
Abdul Hamid enggan untuk bertemu dengan mereka lalu menghantar jawapannya melalui Tahsin Pansha, dan jawapannya ialah “ Beritahu yahudi yang tidak sopan itu bahawa hutang-hutang kerajaan Uthmaniyyah adalah sesuatu yang tidak membawa malu, Perancis mempunyai hutang tetapi itu tidak memberi apa- apa kesan kepada mereka. Jerusalem menjadi sebahagian dari tanah Islam apabila Umar Al-Khattab mengambil alih bandar ini dan aku tidak mahu menanggung malu dengan menjual tanah suci ini kepada kaum yahudi dan mengkhianati tanggungjawab dan kepercayaan rakyatku. Diharapkan kaum yahudi menyimpan wang mereka, kaum Uthmaniyyah tidak akan bersembunyi di dalam istana yang dibina dengan wang musuh islam.” Beliau juga memberitahu mereka untuk meninggalkan negeri tersebut dan jangan sesekali datang kembali. Dengan yahudi dan zionis telah menyertai permainan ini maka ia telah lengkap, dan kehancuran kerajaan Uthmaniyyah akan bermula. Wang kaum yahudi merupakan asset penting untuk membiayai kemusnahan kerajaan Uthmaniyyah untuk membina negeri zionis di palestin, negeri yang yahudi mahukan dan sanggup menanggung segala risiko.
Kaum yahudi tidak berputus asa terhadap Abdul Hamid, pada hujung tahun 1901, pengasas pergerakan zionis, Theodor Hertzl, melawat Istanbul dan cuba untuk bertemu dengan Abdul Hamid. Abdul Hamid enggan untuk bertemu dengannya dan memberitahu Ketua ahli majlis menteri-menteri “ Nasihat Dr. Hertzl supaya tidak membuat sebarang langkah ke hadapan dalam projeknya. Aku tidak boleh memberinya sengenggam tanah yang tidak bukan kepunyaan aku, ia adalah milik semua negara Islam. Negara Islam yang menentang ke arah jihad demi untuk kepentingan tanah ini dan telah membasahinya dengan darah mereka. Kaum yahudi boleh simpan wang mereka yang berjuta-juta. Jika suatu hari nanti Kerajaan Khalifah Islam musnah maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma! Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusuk diriku dengan sebilah pedang dari melihat tanah Palestin di potong dan di asingkan dari negera Islam. Ini adalah sesuatu yang tidak mungkin terjadi, aku tidak akan mula memotong badan sementara masih hidup.” Selepas ini, kaum yahudi berpaling kepada British untuk menjadikan impian mereka realiti.
Pihak British dan Perancis telah bersedia untuk memusnahkan kerajaan Uthmaniyyah, namun perkataan “Jihad” masih mempunyai kuasa yang mampu membuat seluruh Eropah ketakutan. Eropah masih takut akan orang sakit eropah. Pihak British telah mengambil keputusan untuk menggunakan polisi asingnya yg utama iaitu bahagi dan takluk. Mereka menyokong kumpulan-kumpulan baru seperti golongan muda Turki dangolongan muda Arab. Apabila golongan muda Turki menjadi kuat di dalam kerajaan Uthmaniyyah, Britain tidak perlu melakukan apa-apa lagi, anak-anak muda turki lakukan yang selainnya, mereka mulakan sebuah aliran prejudis dan nasional di kalangan warganegara Turki kerajaan Uthmaniyyah. Dengan sebab itu, kaum Arab, kaum Armenia, dan kaum Kurds dan kaum-kaum lain mengembangkan bangsa nasional tersendiri. Rakyat kini berasa sebahagian dari kaum mereka bukan sebahagian dari negeri, dan ini merupakan permulaan kepada pengakhiran negeri islam. Kemudian dalam Perang Dunia 1, kaum Arab bekerjasama dengan Brtish dan Perancis dan memberontak terhadap kerajaan Uthmaniyyah. Mereka telah dikhianati oleh British dan Perancis dan kemudiannya dicerobohi.
Abdul Hamid tidak lupa pada pembangunan negerinya, beliau telah membina banyak institusi dan perkhidmatan kepada umum seperti Pasar Hamedi, Istana Alazm di Damascus. Beliau juga membina banyak masjid-masjid, tempat mandi awam, pasar dan hospital di cairo, Damascus, San’a, Baghdad dan di bandar-bandar Islam yang lain. Beliau juga bekerja untuk pembangunan sistem pendidikan. Kerajan Uthmaniyyah cuba untuk meniru sistem pendidikan Eropah tetapi gagal kecuali di dalam dua aspek iaitu perubatan dan ketenteraan. Angkatan Laut Uthmaniyyah adalah sangat teratur dan merupakan yang ketiga paling kuat selepas Inggeris dan Perancis. Banyak industri muncul seperti membuat senjata, tenunan dan gula. Sistem jalanraya juga di tingkatkan dan pelabuhan diperluaskan. Banyak petikan akhbar telah di siarkan dan sebelum perang dunia pertama Egypt, Iraq dan Syria telah mempunyai 1300 suratkhabar dan majalah.
Dalam masa yang singkat ia dilihat seperti ‘Orang Sakit Eropah’ akhirnya akan bangkit, tetapi negara sekutu barat berazam ingin memusnahkan kesatuan islam dengan apa cara sekalipun. Kaum bukan islam yang minoriti di kerajaan Uthmaniyyah telah digunakan oleh pihak barat untuk mencipta masalah dan ketidakstabilan, terutamanya penduduk Kristian di negera itu. Pihak barat selalu mencampuri urusan dalam polisi domestik Uthmaniyyah dengan memberi alasan untuk ‘membela kaum Kristian yang minoriti’ itu. Pihak barat juga telah melancarkan kempen Khutbah Kristian dalam dunia Islam dengan membina sekolah kristian dan gereja. Sasarannya adalah untuk merampas kaum muslim dari Islam dan menyebarkan tabiat sosial dan idea bukan Islam. Banyak artikel berita diterbitkan untuk tujuan yang sama, untuk meracuni minda kaum Muslim dan menyebarkan idea yang merosakkan dan menimbulkan kekeliruan antara mereka. Pihak barat juga mahu menjadikan kerajaan Uthmaniyyah sibuk dan dengan itu ia menggunakan kaum yang sedikit itu. Pihak barat mendorong kaum Armenia dan menampung perbelanjaan terhadap kerajaan Uthmaniyyah. England membantu Druz dan Perancis membantu kaum Maronite di Lebanon dan kedua-duanya bertembung dalam peperangan yang besar yang telah diselesaikan dengan masuk campur tentera Uthmaniyyah. Lebih banyak masalah antara kaum Muslim dan Kristian timbul, dan pada satu ketika populasi kaum Muslim di Damascus hampir menghapuskan populasi kaum Kristian di bandar itu. Pihak tentera Uthmaniyyah masuk campur di saat-saat akhir dan menghalang dari belakunya pembunuhan beramai-ramai. Dalam era itu berlakunya peperangan yang banyak antara konspirasi pihak barat dan pertahanan Abdul Hamid dan keseluruhan iman orang-orang Islam.
Ia adalah penting untuk menyatakan hutang kerajaan Uthmaniyyah, apabila Abdul Hamid berkuasa, adalah sebanyak 2,528 juta lira emas Uthmaniyyah. Apabila beliau telah disingkirkan dari berkuasa hanya ada 106 juta lira. Ini bermakna beliau memotong separuh dari hutang kepada 1/20 daripada jumlah asal. Kaum muda Turki yang datang selepas Abdul Hamid, telah meningkatkan ia balik 1300%. Pencapaian yang tidak terhingga oleh Abdul Hamid akan memberi pandangan bahawa beliau tidak memperuntukkan perbelanjaan untuk pembangunan tetapi itu tidak benar. Abdul Hamid terbitkan talian faks antara Yemen, Hijaz, Syria, Iraq dan Turki. Kemudian beliau, menyambungkannya kepada talian faks Iran dan India. Beliau berjaya mendapat pulangan kos projek tersebut dalam masa 2 tahun kerana kegunaan yang kerap oleh kaum Hujjaj (orang-orang yang datang ke Mekkah untuk mengerjakan haji).
Abdul Hamid sedar bahawa satu-satunya harapan kaum Muslim ialah menubuhkan satu kesatuan Islam yang kuat. Abdul Hamid melihat bahawa pihak barat akan cuba untuk memisahkan negeri-negeri Islam dan berunding dengannya secara berasingan. Terdapat hanya satu cara untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku adalah melalui Kesatuan Islam. Abdul Hamid membuat keputusan untuk menjadi wakil khilafah Uthmaniyyah sebagai pemimpin kepada dunia Islam. Abdul Hamid berjaya mempengaruhi kaum Muslim di India dan Pakistan dan beliau menyebabkan banyak masalah berlaku kepada pihak British di kawasan tersebut. Hasil yang sama juga berlaku dengan kaum Muslim di Russia dan Republik Selatan USSR. Abdul Hamid juga menggunakan kaum Muslim ini untuk memberi tekanan kepada pihak Russia. Pada masa ini, Abdul Hamid menyebut di dalam diarinya bahawa beliau merasakan bahawa dinding seperti mahu jatuh keatasnya dan beliau merasakan keseorangan dan tidak mampu melawan musuh-musuh negara Islam sendirian. Beliau kemudiannya membentuk sekutu bersama Jerman, tetapi itu juga nampaknya tidak sesuai, kerana pihak Jerman juga mahukan sebahagian dari kerajaan Uthmaniyyah. Sultan Abdul Hamid merasakan pada waktu itu bahawa perang besar semakin hampir. Dan ini dilihat sangat nyata bahawa apa yang tinggal oleh kerajaan Uthmaniyyah adalah apa yang dipertahankan.
Abdul Hamid memerlukan sesuatu yang besar, sesuatu yang kuat, sesuatu yang mampu membangunkan perasaan kesatuan Islam di dalam hati kaum Muslim di seluruh dunia Islam. Abdul Hamid mencari dan mencari akhirnya membuat keputusan untuk membentuk laluan kereta api Hijaz(1900). Laluan kereta api tersebut adalah dari Damascus ke Madinah, dan dari Aqabah ke Ma’an, laluan tersebut melambangkan kesatuan Islam. Semua kaum Muslim yang menggunakannya untuk mengerjakan haji merasakan khalifah Uthmaniyyah mencuba untuk merapatkan mereka, dengan sistem laluan kereta api yang baru dan salah satu sistem faksimili yang canggih. Kaum Muslim mulai rasa dihargai dan berterima kasih kepada kerajaan Uthmaniyyah. Laluan keretapi telah dibayar perbelanjaannya di dalam beberapa tahun dan ia berfungsi sebagai alat utama untuk menyambungkan beberapa bahagian negeri Islam, ia juga adalah untuk digunakan sebagai jalan pintas untuk mengangkut dan meletakkan unit ketenteraan. Abdul Hamid juga melancarkan kempen untuk menyebarkan idea menyatukan islam dan sokongan Islam di selatan Russia, India, Pakistan dan Afrika. Beliau mula menjemput ramai kaum muslim yang mempunyai sarjana dari Indonesia,Afrika dan India ke kerajaan Uthmaniyyah dan beliau menerbitkan satu program untuk membina masjid dan institusi Islam di seluruh dunia Islam.
Pihak barat bertindak cepat dan mempengaruhi Teluk Tunisia untuk memberontak terhadap kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1877 dan ia bersetuju. Pada tahun 1881 Perancis menduduki Tunisia, pada 1882 Britain menduduki Egypt. Kemudian Netherland mencerobohi Indonesia, Russia mencerobohi Pusat Asia, Britain berkembang luas di India dan Sudan dan nampaknya pihak barat hampir memusnahkan dunia Islam.
Akhirnya pada hari Selasa 27 April 1909, 240 ahli senat Uthmaniyyah bersetuju di bawah tekanan golongan muda Turki Kebangsaan untuk menyingkirkan Abdul Hamid dari berkuasa. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali menulis fatwa penyingkiran. Para senator Uthmaniyyah menyetujuinya. Disini adalah penterjemahan fatwa berikut :
“Jika Imam kepada kaum Muslim mengambil kepentingan isu-isu agama dari buku buku perundangan dan mengumpul buku-buku tersebut, menghabiskan duit negeri dan membuat perjanjian yang bercanggah dengan undang-undang Islam, dibunuh, ditangkap, membuang orang dari negeri tanpa sebab, dan kemudiannya berjanji untuk tidak membuatnya lagi namun tetap melakukannya untuk menganggu keadaan kaum Muslim di seluruh dunia Islam kemudian pemimpin ini haruslah di singkirkan dari tugasnya. Jika penyingkirannya akan membawa keadaan yang lebih baik dari membiarkannya, maka beliau tidak ada pilihan melainkan meletak jawatan dari tugasnya.”

Sheikhul Islam Mohamad Dia’ Aldin Afandi
Fatwa ini sangat ganjil dan sesiapa akan dapat lihat bahawa keadaan yang ditetapkan di dalamnya tidak menepati jasa-jasa Abdul Hamid dan tindakkannya. Kemudiannya ketua kepada majlis menteri-menteri, Tawfiq Pasha telah dipanggil untuk memberitahu Abdul Hamid mengenai keputusannya. Beliau enggan melakukannya. Maka mereka mengahantar 4 orang : Arief Hikmat, Aram Afandi, (Armenia), As’ad Tobatani, dan Emanuel Qrasow (Yahudi). Semasa mereka memasuki pejabatnya, mereka dapati beliau berdiri dengan tenang, Arief Hikmat membaca fatwa kepadanya, kemudian As’ad Tobatani menghampirinya dan berkata “ Negara telah menyingkiran kamu dari tugasmu.”, Abdul Hamid marah dan berkata “ Negara telah menyingkirkan aku dari tugasku itu tidak mengapa. Tetapi mengapa kamu bawa Yahudi di pejabat khalifah ?”, dan menunjuk kepada Qrasow. Nyata sekali itulah titik untuk pembalasan, Abdul Hamid menolak untuk menjual Palestin kepada Yahudi, dan kini mereka menunjukkan bahawa mereka sebahagian dari penyingkirannya. Cabaran untuk menghadapi Abdul Hamid dan menghadapai negara-negara Islam.

Semasa Pengisytiharan Perlembagaan 1908
Selepas penyingkiran Abdul Hamid dari tugasnya ramai penulis mula menyerang beliau dan orang-orangnya, salah satu darinya adalah John Haslib, bukunya “Sultan Merah” menjadi popular dan telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Arab dan Turki. Sebuah buku bertajuk “iki me vrin perde arkasi – yazan : nafiz tansu “ oleh Arafat Yayinevi adalah sebahagian dari propagandan kebencian yang menarik kerajaan Uthmaniyyah makin dalam yang hanya diselamatkan oleh kaum muda Turki yang meyingkirkan Abdul Hamid. Satu lagi yang terkenal adalah daripada seorang penulis Kristian Arab bernama Georangy Zaydan dalam bukunya “Cerita Sejarah Islam – Revolusi Uthmaniyyah”. Buku – buku ini adalah penipuan yang ditulis oleh orang – orang yang membenci Islam dan kaum Muslim. Ia mewakilkan Sultan Abdul Hamid sebagai seorang yang khayal dalam kemewahan dunia seperti wanita dan arak, dan seorang yang ganas dan tidak berperikemanusiaan terhadap musuh – musuh politiknya dan rakyatnya. Penipuan ini tidak tahan kerana kebenarannya sentiasa menghalangnya.
Akhirnya selepas Abdul Hamid datanglah beberapa kumpulan pemimpin yang lemah. Mereka tidak dapat mengekalkan negeri tersebut dan hilang kuasa dengan senangnya. Seperti yang telah dijangkakan oleh Sultan Abdul Hamid, perang dunia pertama berlaku dan kerajaan Uthmaniyyah telah diasingkan. Pihak Arab memberontak di Hijaz dengan pertolongan dari pihak British dan Perancis, yang kemudiannya menkhianati mereka dan meletakkan mereka di bawah pekerjaan, dan memberi Palestin kepada yahudi. Jika mereka mendengan nasihat kepada Abdul Hamid perkara tersebut tidak akan berlaku.
Kaum Muda Turki Kebangsaan mendapat kuasa dan Mustafa Kamal Atartuk membatalkan Khalifah Islam pada tahun 1924. Itu merupakan pengakhiran pemimpin yang menyatukan Umat Islam selama 1300 tahun. Pihak barat telah menang keseluruhannya.
Kini kaum Muslim mula bangkit dari abu peperangan Arab-Israel pada 1967, dari abu perang Bosnia, perang Chechnya, dan perang Kashmir. Kaum Muslim mula sedar yang mereka tidak akan berdiri selagi tidak bersatu dan bercantum dalam naungan Islam. Kaum Muslim mula kembali kepada Islam dan pihak barat berwaspada kembali, setelah beberapa tahun Turkey Adzan masjid Istanbul kembali melaungkan “Allahu Akhbar” dalam bahasa Arab. Satu tanda kebangkitan yang hebat.
Kami memohon dengan kaum Muslim untuk membaca Al-fatihah kepada roh Sultan Abdul Hamid dan kaum Muslim yang menyerahkan hidup mereka kepada kesejahteraan Islam dan seluruh negara Islam. Kami berharap kami telah memberikan sesuatu yang boleh membuatkan anda lihat dengan lebih jelas mengenai kekuatan kepercayaan impian Islam anda dan menyingkirkan segala salah tafsiran atau kekeliruan yang ada. Bersatulah kepada naungan Islam, semoga Allah merahmati negara-negara Islam dan mencucuri roh Sultan Abdul Hamid dan semua umat Muslim sekalian.
Matahari telah terbenam, tetapi akan kembali, dengan kuasa Allah, terbit semula.

No comments:

Post a Comment