hmmm....

sukar menjadi diri sendiri
diri mudah terikut
tiada asas yang kukuh
perlunya sesuatu
memperkukuh yang lemah

Monday, October 11, 2010

kunjungan...1

Alhamdulillah, dapat lagi saya bersama sahabat-sahabat lama berkunjung ke bumi tarbiyah SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang. Kesempatan cuti semmester digunakan sebaiknya untuk turun ke sekolah tercinta. Berbekalkan niat asal untuk mengambil sijil SPM yang sudah lama tersimpan di pejabat sekolah. Tanggal 8 Oktober 2010 bersamaan hari terakhir di bulan Syawal, langkah saya ke sana cukup bertuah. Bersama sahabat saya Ashraf Misran kami memulakan perjalanan ke sekolah.

Sampai sahaja di sekolah, cadangnya nak jumpa Cik JO (pekerja pejabat), nak terus ambil sijil SPM tetapi kami cukup bertuah apabila hari berkenaan para guru membuat jamuan Aidilfitri di pejabat sekolah. Dengan segan silunya kami mengambil makanan yang disediakan setelah dijemput oleh beberapa orang guru dan kakitangan. Antara nikamat yang paling saya hargai bila berkunjung di sekolah bukanlah makanannya tetapi peluang bersua muka dengan para murabbi yang telah mendidik saya sepanjang saya berada di sana.

Perjumpaan dengan para guru membuatkan saya merasa cukup terharu yang tidak dapat digambarkan. Sebab tu tidak ada gambar yang saya ambil bersama guru kerana ianya tidak dapat digambarkan.(sekadar alasan)

Saya mengharapkan doa para guru untuk terus berjaya dalam hidup...Amin
Bersama sahabat yang turut sama dalam kunjungan ..


Monday, October 4, 2010

Masalah dan cabaran....Bakti Huffaz 2010

Alhamdulillah, setelah 6 hari berkampung di Felda Gedangsa,Kuala Kubu Bharu, Selangor akhirnya kami berjaya menghabiskan tugas dan misi kami di sana. Ini mungkin pengalaman pertama saya menjalani program seperti ini. Bukan sahaja sebagai peserta tetapi sebagai sebahagian daripada orang yang melaksanakan misi kali ini.


Pengalaman yang saya rasa cukup bermakna kerana dapat bekerja dengan pelbagai jenis orang yang mempunyai pelbagai ragam.Berhadapan dengan masyarakat FELDA, saya kira sahabat pasti dapat mengagak apa yang dihadapi oleh kami sebagai orang yang menjalankan misi dakwah dengan masyarakat FELDA yang diuar-uarkan sebagai tempat yang bermasalah.Saya juga sebahagian daripada FELDA. Dilahirkan dan dibesarkan di FELDA dan saya cukup masak dengan sosiodudaya setempat. Walaupun berbeza tempat, tetapi situasi yang sama. Tiada beza antara golongan muda dan tua, masing-masing mempunyai masalah tersendiri.

Saya rasa tidak perlu untuk saya mendedahkan satu persatu apa yang berlaku kepada masyarakat FELDA. Sudah sampai masanya untuk para pendakwah dan agamawan untuk sama-sama turun ke masyarakat untuk membimbing mereka yang memerlukan. Jangan sekadar duduk di tiang-tiang masjid atau duduk di bilik berhawa dingin tanpa mempedulikan apa yang berlaku kepada masyarakat. Setiap daripada kita mempunyai peranan masing-

Jadilah kita orang yang bermanfaat kepada orang lain, bukan menjadi orang yang menyusahkan orang lain.